Thursday 11 July 2013

Marhaban ya ramadhan..

Salam dan Assalamualaikum..
marhaban ya ramadhan. harini dah masuk hari ke dua ramadhan. tak terlambat lagi untuk aku update post puasa kan. untuk hari pertama sampai ke 5 aku berpuasa kat kl. ahad nanti baru aku balek p.mas.. berpuasa dengan abah plak.

tentang puasa di pula kita diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan dan semua umat islam tahu akan kewajipannye. dalam surah Al-Baqarah ayat 183-185 ada menerangkan tentang wajibnya ibadah puasa ini.. dan peringatan juga akan kewajipan kita supaya sentiasa ganti puasa sebelum puasa seterusnya menjelma.

semasa bulan puasa ni aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf segala salah dan silap sama ade yang nyata atau tidak. sekian.. selamat beramal

No comments:

Post a Comment