Thursday 11 July 2013

Marhaban ya ramadhan..

Salam dan Assalamualaikum..
marhaban ya ramadhan. harini dah masuk hari ke dua ramadhan. tak terlambat lagi untuk aku update post puasa kan. untuk hari pertama sampai ke 5 aku berpuasa kat kl. ahad nanti baru aku balek p.mas.. berpuasa dengan abah plak.

tentang puasa di pula kita diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan dan semua umat islam tahu akan kewajipannye. dalam surah Al-Baqarah ayat 183-185 ada menerangkan tentang wajibnya ibadah puasa ini.. dan peringatan juga akan kewajipan kita supaya sentiasa ganti puasa sebelum puasa seterusnya menjelma.

semasa bulan puasa ni aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf segala salah dan silap sama ade yang nyata atau tidak. sekian.. selamat beramal

Friday 5 July 2013

senarai tampal (display list)

Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat ilahi. disaat kawan2 dari u lain tengah berhempas pulas menduduki exam. aku sedap2 bercuti kat rumah(dah sebulan).  seminggu yang lepas dapat tengok result yang xrasmi.. syukur alhamdulillah walaupun xcemerlang tapi lepas 3 la jgk(ok la kot bg org yg kuat ponteng cam aku)tapi next sem nak insaf,amin. ni menunjukkan Allah nak bagi peringatan agar aku tak malas lagi. aku tak nak tergolong dalam golongan istidraj iaitu golongan yang Allah tetap dan terus memberi kurniaanNYA tanpa nikmat. tu maksudnya Allah dah jaoh dan tak sayangkan kita sebab tu Allah teruskan memberikan kurniaanNYA tanpa sebarang peringatan seterusnya kita akan terus alpa tanpa rasa takut. Nauzubillah.. erm.. berbalik kepada result exam. aku berazam nak naikkan pointer. (hee tiap2 sem macam ni)*adda-adda. akhir kata majulah pointer untuk resume lstihsn industri.. hukhuk.. fighting!!